British Airways memberi iPhone Xr kepada 15,000 krew kabin mereka

British Airways hari ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu memberi 15,000 unit iPhone Xr daripada pengedar Apple kepada krew kabin mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.

Ini bukan kali pertama syarikat itu melaburkan teknologi dari Apple, kerana sebelum ini juga syarikat itu pernah memberi iPad kepada senior krew kabin mereka juga.

iPhone Xr yang diberikan juga mempunyai aplikasi khas untuk memudahkan membantu pelanggan British Airways semasa dalam kapal terbang. Boleh baca penuh mengenainya di pautan ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: