BoBoiBoy Movie 2 kini mencecah RM21 juta selepas 11 hari tayangan

Seperti yang kita tahu sebelum ini, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) adalah sebuah filem animasi tempatan yang pertama telah mendapat hasil kutipan bernilai RM1.18 juta pada tayangan hari pertama.

Seterusnya selepas 5 hari tayangan, mendapat kutipan berjumlah RM9.9 juta secara keseluruhan di negara Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Ia memang satu kejayaan filem animasi tempatan yang boleh dibanggakan.

Kini pihak Animonsta telah kongsikan hasil kutipan terbaru mereka dengan jumlah keseluruhan bernilai RM21 juta selepas 11 hari ia ditayangkan. Ia sememangnya satu jumlah kutipan yang besar buat filem animasi tempatan.

Pada anda yang ingin menonton filem animasi tempatan yang padat dengan aksi, grafik yang cantik, jalan cerita menarik dan skrip yang sangat bersahaja, filem BBBM2 ni adalah filem yang anda wajib tonton dipawagam.

Tahniah sekali lagi pada Animonsta!

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: