Barisan iPhone 11 mungkin hadir dengan kabel USB-C dan kapasiti bateri yang lebih besar

Laporan sebelum ini yang dikongsikan telah banyak menyebut bahawa barisan iPhone 11 bakal hadir bersama kabel pengesan pantas USB-C yang didatangkan sekali dalam kotak.

Kini laporan itu seakan kuat apabila terdapat lagi ura-ura yang telah tersebar mengenainya ketika hampir pada pelancaran rasminya bulan hadapan.

Namun kabel yang digunakan bukanlah USB-C kepada USB-A seperti yang anda lihat pada Android. Kerana Apple mungkin menggunakan kabel jenis USB-C kepada Lightning. Secara tak langsung, masih mengekalkan simbolik Apple Lightning yang digunakan pada kabel rasmi iPhone sebelum ini.

Bahkan, Apple juga dilaporkan akan bekalkan sekali kabel berikut dalam kotak jualan bersama plug pengecasan pantas 18W. Sekaligus menjadi iPhone pertama yang didatangkan sekali dengan pengecasan pantas setelah bertahun bekalkan pengecasan 5W dan kabel iPhone biasa.

Tonton video jangkaan iPhone 11 di pautan ini.

Selain pada itu, barisan iPhone 11 juga dikatakan akan mempunyai peningkatan pada kapasiti bateri. iPhone Xs sebelum ini hanya 2658mAh dan Xs Max 3174mAh, iPhone 11 Pro mempunyai bateri 3200mAh dan 11 Pro Max mempunyai 3500mAh. Manakala iPhone Xr sebelum ini 2942mAh, iPhone 11 mungkin mempunyai kapasiti 3000mAh.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: