AWS menjelaskan 4 ciri perjalanan awan (cloud) yang berjaya di Malaysia

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak negara di Asia termasuk Malaysia sendiri telah memulakan inisiatif negara untuk mencipta transformasi digital dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Saya pasti, setiap organisasi mempunyai sebab merek sendiri untuk memulakan perjalanan transformasi secara awan (cloud) dan ada yang mahu bertindak balas dengan lebih cepat kepada keperluan pelanggan yang sentiasa berubah mengikut keperluan semasa.

Dan ada juga yang mencari platform yang akan membantu mereka melancarkan usaha baru, dan meneroka peluang pasaran tempatan mahupun pasaran global.

Sejak 2006 lagi Amazon Web Services (AWS) telah membantu ribuan organisasi dari pelbagai saiz di seluruh Asia Pasifik yang melancarkan perjalanan mereka ke arah sistem awan. Dan kebanyakan yang berjaya mempunyai 4 ciri yang sama.

Yang pertama adalah mempunyai kepimpinan yang berwawasan dalam strategi awan yang berjaya. Pemimpin yang mempunyai wawasan membawa sesebuah organisasi itu kearah yang lebih baik dan menuju kearah matlamat yang lebih jelas.

Ciri yang kedua adalah mempunyai sifat inovasi boleh dilihat pada kebanyakan pemimpin yang berjaya mencipta platform terbaru, perkhidmatan dan produk buat strategi perniagaan yang terbaharu.

Seterusnya adalah berfikiran yang luas dan bermula dengan kecil. Ramai tahu bahawa untuk bermula sesuatu adalah dengan tindakan walaupun bermula dengan kecil-kecilan. Mengadaptasi proses dan meningkatkan ilmu pengetahuan juga pengalaman untuk lebih maju.

Dan yang terakhir adalah sifat yang bersemangat dan meyakinkan setiap orang lain juga boleh. Setiap organisasi memberi kesan kepada transformasi awan termasuk pembangunan produk, pemasaran, kewangan, dan bahagian undang-undang.

Salah satu syarikat di Malaysia yang mempunyai 4 ciri ini adalah Supahands, yang mempunyai kepakaran terhadap transformasi awan di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2014 dengan visi untuk menggunakan AWS sebagai solusi terhadap perkomputeran dan mengekalkannya dalam skala yang besar.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: