ASUS ROG Phone 2 versi Malaysia kini rasmi – Lebih padu!

ASUS pada 22 Julai yang lepas telah melancarkan ASUS ROG Phone 2 yang memfoskuskan kepada ciri permainan mudah alih dan mempunyai cip pemproses Snapdragon 855+ pertama buat telefon pintar.

Kini ASUS Malaysia telah umumkan bahawa ROG Phone 2 bakal hadir buat pasaran tempatan dalam masa terdekat ini. Dari segi spesifikasi yang ditawarkan buat pasaran Malaysia dilihat agak berlainan.

Dari gambar yang dikongsikan oleh ASUS Malaysia, perbandingan paling ketara buat ROG Phone 2 vesi Malaysia dan versi (Tencent) China adalah, versi Malaysia mempunyai 12GB RAM, pengecasan pantas 30W, kabel USB-C kepada USB-C, mempunyai AeroActive Cooler dan pelbagai lagi.

Namun setakat ini ASUS Malaysia masih belum mendedahkan harga jualan rasmi di Malaysia mahupun tarikh rasmi penjualan ROG Phone 2 ini. Harap kita akan mendengarnya dalam masa terdekat ini dan saya akan kemaskini dari masa ke semasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: