Apple memfailkan saman terhadap syarikat yang meniru perisian iOS

Apple baru-baru ini telah memfailkan saman terhadap syarikat Corellium yang telah menjual akses kepada mesin maya yang menjalankan salinan sistem operasi yang digunakan dalam iPhone dan iPad.

Dalam laporan saman, Apple mengatakan “dia syarikat perisian Corellium telah menyalin sistem operasi, antara muka pengguna grafik dan aspek lain dari peranti tanpa izin,” dan mahu hakim persekutuan untuk menghentikan pelanggaran tersebut.

Corellium menawarkan akses kepada salinan iOS dalam perkhidmatan awan dan pemasangan peribadi di premis pelanggan, dengan kos yang bernilai $1 juta setahun, tuntutan mahkamah itu juga menyebut “Corellium berbuat demikian tanpa lesen atau kebenaran daripada Apple,”

“Disamping disuruh menyekat terhadap penjualan produk Apple dari Corellium, Apple juga mahukan perintah mahkamah memaksa Corellium untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa mereka telah melanggar hak Apple, pemusnahan produk yang menggunakan hak cipta Apple, dan pampasan tunai.” menurut Bloomberg

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.