Apple AirPods 3 mungkin akan hadir pada tahun hadapan dengan pembatalan hingar

Menerusi laporan dari Bloomberg, Apple mungkin akan memperkenalkan AirPods terbaru yang mempunyai tanda lebih mahal berbanding harga jualan AirPods sedia ada.

Selain itu, laporan juga turut menyebut bahawa AirPods terbaharu ini mempunyai fungsi pembatalan hingar (noise canceling) seperti fon kepala yang premium dan ketahanan air (water resistance).

theapplehub menerusi Instagram juga turut menjangkakan bahawa ia mungkin akan mengunakan nama AirPods Pro memandangkan iPhone 11 juga akan menggunakan nama ‘Pro’ selepas iPad.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: