Amazon Music kini hadir buat jam tangan pintar Garmin

Amazon baru-baru ini telah melancarkan aplikasi Amazon Music buat jam tangan pintar, sekaligus menjadi aplikasi pertama mereka yang dilepaskan buat jam tangan pintar.

Aplikasi ini juga hanya tersedia buat beberapa jam tangan pintar Garmin yang terpilih sahaja. Pengguna yang melanggan Prime boleh memuat turun lagu dan memainkan sehingga 2 juta lagu daripada jam tangan pintar mereka. Manakala yang melanggan Amazon Music tanpa had boleh mengakses penuh 50 juta lagu.

Namun dilihat aplikasi ini tidak tersedia buat di negara Malaysia. Amazon Music boleh dimuat turun melalui pautan ini. Berikut adalah antara jam tangan pintar Garmin yang menyokong aplikasi ini :

  • D2 Delta
  • D2 Delta PX
  • D2 Delta S
  • Forerunner 245 Music
  • Forerunner 645 Music
  • Forerunner 945 
  • Fēnix 5 Plus 
  • Fēnix 5S Plus
  • Fēnix 5X Plus
  • MARQ Athlete
  • MARQ Aviator
  • MARQ Captain
  • MARQ Driver
  • MARQ Expedition
  • Vívoactive 3 Music

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: