Xiaomi Mi Super Bass – Fon kepala tanpa wayar dengan ketahanan sehingga 20 jam

Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan fon kepala tanpa wayar terbaharu di India yang dinamakan sebagai Mi Super Bass yang hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Hitam-Emas dan Hitam-Merah.

Yang menariknya dengan Mi Super Bass ni, ia mempunyai bateri 400mAh yang mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan dalam sekali cas. Ciri lain termasuk kawalan suara yang membolehkan anda memilih genre muzik yang ingin dimainkan, pemandu Dynamic 40mm, bunyi bass yang hebat dan sambungan Bluetooth 5.0.

Selain itu, Xiaomi juga turut mengatakan bahawa fon kepala ini sesuai buat peranti iOS dan Android. Harga yang ditawarkan di India adalah RS 1,799. Jika mengikut tukaran wang asing semasa, dalam RM107 sahaja. Buat masa ini ia hanya dipasarkan di India sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: