Xiaomi Mi Band 4 dijual dengan harga RM149 di Malaysia

Selain dari harga rasmi Xiaomi Mi A3, hari ini Xiaomi Malaysia juga telah mendedahkan harga rasmi Mi Band 4 yang hadir dengan skrin bersaiz 0.95-inci dengan panel AMOLED yang mempunyai resolusi 120 x 240 dan kaca anti-calar 2.5D.

Ia sememangnya penaiktarafan yang mendadak jika dibandingkan dengan model Mi Band 3 terdahulu yang hanya menggunakan skrin bersaiz 0.78-inci dan resolusi 80 x 120.

Antara ciri menarik lain termasuk mikrofon yang membolehkan anda menjawab panggilan dan menggunakan pembantu maya Xiaoai, serta sambungan NFC yang membolehkan anda membuat pembayaran melalui Mi Band 4.

Mi Band 4 juga mempunyai ciri ketahanan dalam air sehingga 50 meter dalam air dan bateri mampu bertahan sehingga 20 hari termasuk 24 jam kadar degupan jantung.

Harga rasmi di Malaysia buat Mi Band 4 adalah berharga RM149


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: