Xiaomi Mi A3 telah rasmi dilancarkan – Android One, Snapdragon 665 dan pelbagai lagi

Teka-teki akhirnya terjawab. Hari ini Xiaomi telah melancarkan siri terbaru Mi A iaitu Mi A3 di Sepanyol. Seperti sebelum ini, Xiaomi masih mengekalkan sistem operasi Android One berasakan Android Pie (9) buat Mi A3. Ia sangat berlainan dengan sistem operasi MIUI yang anda pernah lihat. Android One lebih tampak kemas dan minimal.

Xiaomi Mi A3 dikuasakan dengan Snapdragon 665, mempunyai bateri sebesar 4030mAh dengan pengecasan pantas 18W bersama kabel USB Type-C. Mi A3 juga hadir dengan 4GB RAM dan pilihan storan 64GB atau 128GB. Ia juga turut mempunyai slot mikroSD dan bicu audio 3.5mm.

Pada bahagian lain, Mi A3 dilengkapi dengan skrin hadapan 6.088-inci AMOLED HD+ paparan DotDrop dengan resolusi 1560 x 720 piksel. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang terbina didalam skrin.

Manakala pada bahagian kamera utama, ia menggunakan tri-kamera AI 48MP f/1.79 sebagai kamera utama, 8MP f/2.2 dengan fungsi ultra-lebar dan 2MP untuk fungsi bokeh. Manakala kamera hadapan menggunakan 32MP f/2.0.

Xiaomi menawarkan Mi A3 dengan storan 64GB dengan harga €249 (RM1,150). Manakala storan 128GB dengan harga €279 (RM1,289) jika mengikut tukaran wang asing semasa. Ia juga turut hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Biru, Putih dan Kelabu.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: