Xiaomi Mi 9T vs Samsung Galaxy A80 : Mana lebih berbaloi?

Jika anda adalah seorang pengguna yang masih tertanya-tanya antara Xiaomi Mi 9T atau Samsung Galaxy A80, mana yang berbaloi untuk dibeli. Menerusi perkongsian kali ni, saya akan bandingkan kedua-dua model ini buat anda pilih mana yang lebih berbaloi.

Kalau melihat dari segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan oleh Xiaomi buat Mi 9T, ia sememangnya diluar jangkaan. Bayangkan harga tidak sampai RM1,500 boleh dapat macam-macam perkara berbanding Galaxy A80 yang mencecah RM2,500 dengan spesifikasi yang hampir sama. Tapi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Mari kita lihat.

Dari segi cip pemproses, kedua-dua peranti ini hadir dengan Snapdragon 730 yang sama. Dimana ia dikhabarkan mempunyai prestasi hampir sama seperti cip pemproses fon kelas atasan untuk tahun-tahun sebelum ini. Berdasarkan harga? dah tentu Mi 9T lebih berbaloi.

Pada bahagian skrin pula, kedua-dua peranti ini menggunakan skrin jenis AMOLED. Tidak diragui, Samsung memang pakar dalam pengeluaran OLED dan dari segi kebesaran, Galaxy A80 mempunyai skrin lebih besar. Namun ketahanan skrin pada Galaxy A80 sedikit goyah apabila Mi 9T menggunakan Gorilla Glass 5, yang lebih tahan berbanding Gorilla Glass 3.

Kamera juga adalah antara fungsi yang paling menjadi tumpuan pembeli. Jika dibandingkan pada bahagian kamera, mungkin kamera belakang Mi 9T mempunyai lebih kelebihan tapi tidak kamera hadapan yang menggunakan fungsi pop-naik 20MP f/2.0. Kerana Galaxy A80 mempunyai kamera hadapan yang lebih baik oleh sebab fungsi kamera utama yang boleh berputar menjadi kamera swafoto.

Pendapat saya secara peribadi, fungsi kamera berpusing agak sedikit meragukan dari segi ketahanan untuk penggunaan lama jika dibandingkan dengan kamera pop-naik memandangkan hanya kamera itu sahaja yang berfungsi. Jika rosak, tiada kamera langsung. Manakala jika kamera pop-naik Mi 9T rosak, masih ada kamera utama yang berfungsi.

Xiaomi mengatakan bahawa fungsi kamera bermotor pop-naik mereka mampu bertahan sehingga 300,000 kali penggunaan yang mampu bertahan lebih 5 tahun jika menggunakan 100 kali sehari. Manakala Samsung tidak menjelaskan tentang ketahanan penggunaan kamera berputar mereka.

Sedikit perkara yang kurang sedikit pada Mi 9T adalah pada sistem operasi MIUI yang tidak kena dengan citarasa saya. Jika sentuh bab sistem operasi, saya lebih memilih One UI dari Samsung yang lebih kemas dan grafik yang lebih menarik.

Dari segi rekaan sejujurnya kedua-dua peranti ini memang mempunyai rasa mahal dan premium. Namun secara peribadi saya lebih gemar terhadap rekaan Mi 9T yang rasa mahal walaupun harga murah dan warna yang lebih menyerlah. Dari segi rekaan kamera, saya lebih gemarkan Galaxy A80. Cuma ketahanan yang sedikit meragukan.

Secara keseluruhan, pujian harus diberikan buat Xiaomi kerana mampu menawarkan pelbagai teknologi terkini dan mempunyai citarasa premium dengan harga yang sangat berpatutan buat Mi 9T. Apa pun, ia terpulang pada anda sebagai pengguna untuk memilih mana yang sesuai untuk anda.

Spesifikasi yang lebih jelas boleh rujuk informasi dibawah.

SpesifikasiMi 9TGalaxy A80
CipSnapdragon 730Snapdragon 730
Skrin6.39-inci AMOLED6.7-inci Super AMOLED
KetahananGorilla Glass 5Gorilla Glass 3
Resolusi1080 x 2340 piksel
(~403 ppi density)
1080 x 2400 piksel
(~393 ppi density)
OSAndroid 9.0 (Pie), MIUI 10Android 9.0 (Pie), One UI
RAM6GB8GB
Storan64GB, 128GB128GB
Harga RasmiRM1,199 – RM1,399RM2,499
Kamera48MP f/1.8 + 8MP f/2.4
+ 13MP f/2.4
48MP f/2.0 + 8MP f/2.2
+ ToF 3D
SwafotoPop-naik 20MP f/2.2Kamera berputar
Slot Kad SDTiadaTiada
Bateri4000mAh3700mAh
Pengecasan18W25W

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: