Xiaomi memanggil semula Pocophone F1 yang mengalami masalah skrin

Pada Ogos tahun lepas sub-jenama baru yang dicipta oleh Xiaomi iaitu Pocophone telah menggemparkan industri telefon pintar apabila mereka perkenalkan Pocophone F1 dengan cip pemproses Snapdragon 845 iaitu cip pemproses fon kelas atasan dengan harga yang sangat murah.

Di Malaysia sendiri, terutamanya peminat Xiaomi menyambut Pocophone sehinggakan keluarnya zikir #BaikBeliPoco dari beli fon lain hanya kerana cip pemproses yang hebat.

Dalam pada itu, setelah beberapa bulan ia digunakan. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna. Iaitu masalah pada skrin yang mengalami permasalahan sentuh sendiri (ghost touch), masalah semasa sentuh (touch lags) dan skrin jadi sangkut (screen freeze).

Memberi maklum balas berhubung permasalahan yang berlaku, individu yang bertanggungjawab terhadap Pocophone iaitu Alvin Tse telah mengeluarkan kenyataan melalui Twitter rasmi beliau dengan mengatakan bahawa mereka akan mengumpul beberapa peranti untuk membuat beberapa ujian terhadap 3 permasalahan yang berlaku.

Menerusi kenyataan beliau, jika ingin menghantar peranti anda yang mengalami masalah pada skrin seperti yang disenaraikan, anda perlu menghantar ID, maklumat untuk dihubungi, maklumat permasalahan, ID maklum balas, video atau gambar dan hantar ke [email protected]

Menurut beliau lagi, pihak mereka akan memilih peranti untuk mereka membuat beberapa ujian. Sekiranya anda dipilih, mereka akan menghantar e-mel dan memberikan arahan selanjutnya. Jadi, mungkin bukan semua peranti akan dipilih. Jika anda ingin memberi untuk dibuat ujian, anda boleh ikuti langkah yang diberikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: