Vodafone dengan kerjasama Huawei melancarkan perkhidmatan teknologi 5G di UK

Laporan terkini telah menyebuat bahawa antara syarikat telecom terbesar di UK iaitu Vodafone telah bekerjasama dengan Huawei untuk melancarkan perkhidmatan teknologi 5G di UK. Sekaligus ia menjadi syarkat kedua yang melancarkan teknologi seumpama ini di UK secara komersial selepas EE melancarkannya pada bulan Mei yang lepas.

Vodafone telah melancarkan perkhidmatan 5G di tujuh bandar utama di UK termasuk Birmingham, Bristol, Liverpool Cardiff, London, Manchester, dan Glasgow. Pelancaran perkhidmatan rangkaian baru ini akan membolehkan pengguna mengakses internet dengan laju, perkhidmatan AR dan VR yang lebih baik dan banyak lagi.

Victor Zhang, Naib Presiden Senior Huawei dalam satu kenyataan telah mengatakan bahawa “Kami bangga dapat membantu Vodafone membuka dunia baru peluang lancar dengan pelancaran perkhidmatan mudah alih 5G di UK. Ini memperkuatkan lagi UK sebagai pemimpin 5G dan membina sejarah 18 tahun kami menyokong ekonomi digital di sini.”

Setakat ini syarikat Vodafone dan EE adalah dua syarikat telecom di UK yang telah menggunakan perkhidmatan teknologi 5G Huawei dan dilancarkan secara komersial. Manakala syarikat Three dijangka akan dilancarkan pada Ogos ini.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: