VK XI Max hadir dengan rekaan seperti iPhone 11 yang tertiris – Berharga RM4,200

Tarikh pelancaran iPhone yang dijangka dijadualkan pada pertengahan bulan September semakin hampir dan nampaknya rekaan siri iPhone 11 sudah banyak tersebar sejak dari awal tahun hingga kini.

Boleh dikatakan rekaan yang tertiris itu mempunyai rekaan yang tepat buat siri iPhone 11. Siri kali ni mungkin akan dikenali sebagai iPhone XI, iPhone XI Max dan iPhone XIR. Ia mempunyai rekaan kamera seperti Huawei Mate 20 dan Google Pixel 4 dengan kedudukan bahagian atas kiri dan mempunyai tri-kamera.

Bukan takat tu sahaja. Walaupun siri iPhone 11 belum sah dilancarkan lagi, terdapat pengeluar peranti dari China yang membangunkan rekaan telefon pintar sama seperti rekaan iPhone 11 yang tertiris. Ia agak mengejutkan.

Telefon pintar ini diberi nama sebagai VK XI Max yang hadir dengan teknologi 5G. Jika dilihat dengan teliti, VK XI Max mempunyai rekaan yang memang 95% sama seperti iPhone 11 yang tertiris, namun mempunyai nisbah bingkai skrin yang lebih tebal dibahagian dagu dan mempunyai logo jenama mereka sendiri yang digantikan dengan logo Apple dipanel belakang.

Jika merujuk dari laman web rasmi mereka, VK sememangnya sudah lama meniru rekaan iPhone kerana mereka mempunyai pilihan lain selain VK XI Max iaitu VK X Plus (seperti iPhone X), VK 7 Plus (seperti iPhone 7 Plus), dan VK 6s Plus (seperti iPhone 6s Plus).

Spesifikasi VK XI Max :

  • Cip pemproses MediaTek Helio M70 5G
  • Skrin 6.5-inci
  • Kamera utama 48MP (tri-kamera)
  • Kamera swafoto 32MP
  • Pengimbas wajah sahaja (Tiada cap jari)
  • Bateri 4,500mAh
  • USB Type-C
  • Pengecasan pantas VOOC 3.0
  • Android 9.0 (Pie), YuyinOS
  • Menyokong Dolby Atmos
  • Sambungan NFC

Dijual dengan harga CNY6,999. Jika mengikut tukaran wang asing semasa berharga RM4,200.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: