Vivo S1 dilancarkan secara rasmi di Malaysia – Bateri 4500mAh dan Helio P65 dengan harga RM1,099

Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri terbaru iaitu Vivo S1 yang memfokuskan kepada pengguna muda yang hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio P65, bateri sebesar 4500mAh, teknologi pengecasan pantas Dwi-Enjin dan pengimbas cap jari di dalam skrin.

Manakala pada bahagian lain ia mempunyai skrin bersaiz  6.38-inci Super AMOLED FHD+ resolusi 1080 x 2340 piksel, kamera swafoto 32MP dilengkapi dengan tri-kamera 16MP  f/1.78 + 8MP f/2.2 + 5MP f/2.4 dan teknologi AI.

Vivo S1 hadir storan 128GB dan 6GB RAM dengan tawaran harga bernilai RM1,099 sahaja yang mempuyai pilihan warna Skyline Blue dan Diamond Black yang nampak unik dan premium, walaupun panel belakang hanya menggunakan panel jenis plastik, bukan kaca.

Pra-tempahan boleh dibuat melalui Shopee, Presto Mall, Lazada dan Vivo Store. Pembeli yang menempah melalui platform ini juga akan mendapat hadiah ekslusif bernilai RM149 .

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: