Vivo S1 dibuka untuk pra-tempahan bermula hari ini dengan pelbagai tawaran dan hadiah menarik

Dengan kejayaan siri Vivo V, kini Vivo sekali lagi hadir dengan siri terbaru iaitu siri Vivo S buat model Vivo S1 dengan slogan “Unlock Your Style”. Vivo S1 adalah model pertama buat siri S.

Vivo S1 memfokuskan kepada pengguna muda. Ia hadir dengan cip pemproses MediaTek Helio P65, bateri sebesar 4500mAh, teknologi pengecasan pantas Dwi-Enjin dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan kamera 32MP untuk kamera swafoto dan tri-kamera 16MP + 8MP + 5MP dengan teknologi AI sebagai kamera utama.

Pra-tempahan telah dibuka hari ini sehingga 26 Julai ini. Pelancaran rasminya di Malaysia juga telah dijadualkan pada 24 Julai ini. Manakala di kedai rasmi Vivo dan penjual Vivo yang sah akan mula dijual pada 27 Julai ini. Harga yang ditawarkan buat Vivo S1 adalah bernilai RM1,099.

Pembeli yang berminat untuk membeli secara pra-tempahan mungkin perlu membayar RM50 untuk mendapat pemotongan harga bernilai RM100 apabila anda menempah di kedai rasmi Vivo. Selain itu, pembeli secara pra-tempahan juga akan menikmati kotak hadiah yang bernilai RM99 (VShare K1-Bluetooth Speaker)

Manakala untuk pembelian secara dalam talian, Vivo S1 juga turut tersedia untuk pra-tempahan di Lazada, Shopee, Presto Mall dan Vivo Store. Pembeli yang menempah melalui platform ini juga akan mendapat hadiah ekslusif bernilai RM149 .

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: