TM menawarkan plan lebih murah dan perkhidmatan lebih baik buat pelanggan

Berita baik buat pelanggan TM, kini mereka menawarkan pakej jalur lebar terbaharu yang mempunyai kepantasan sehingga 8Mbps buat harga RM89 sahaja. Manakala pengguna Streamyx yang sedia ada, akan menikmati dengan harga RM69 buat pakej plan yang sama.

Dalam masa yang sama, TM juga dilihat komited untuk memberi perkhidmatan lebih baik buat pelanggan dengan menangani kekangan rangkaian jalur lebar dengan pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber, tanpa wayar (wireless) dan GigaWire.

TM juga mengatakan bahawa perlaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat dari sekarang sehingga tahun 2021 dan menjangkakan 70% dari pelanggan ini akan mendapat perkhidmatan unifi menjelang 2020.

Selain itu juga, sebagai alternatif untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx. TM juga akan akan melancarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar sementara pelaksanaan yang terbaharu itu dapat disempurnakan menjelang tahun 2021.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: