Tiada lagi MacBook 12 inci

MacBook 12 inci pada asalnya telah diperkenalkan pada tahun 2015 dengan pilihan beberapa warna dan hanya mempunyai port USB-C. Saya sempat juga menggunakannya sebagai komputer riba harian melakukan kerja-kerja pejabat.

Namun menerusi laporan terkini, Apple tidak lagi menawarkan MacBook 12 inci dalam laman web rasmi mereka. Sekaligus, tidak sampai 5 tahun usia MacBook 12 bertahan di pasaran jika dibandingkan dengan siri Air dan Pro. Ia mungkin berikutan penawaran MacBook Air tahun lepas yang mempunyai pilihan lebih baik dan spesfikasi yang lebih berkuasa.

Jika anda ingin mendapatkan MacBook, anda masih boleh mendapatkan MacBook Air terkini dan MacBook Pro terkini. Hatta, MacBook 12 inci juga mungkin masih dijual oleh penjual tempatan selain penjual sah Apple.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: