Stranger Things : Season 3 – Lebih aksi dan emosi


Setahun lebih juga menantikan Stranger Things : Season 3 ni dan akhirnya habis tonton kesemua 8 episod. Buat yang tak tahu, cerita ni mengisahkan sebuah bandar dari zaman 80-an yang didatangi oleh makhluk dari alam lain ke bandar mereka.

Sekumpulan kanak-kanak telah melibatkan diri dalam menyelamatkan rakan mereka yang dirasuki oleh makhluk alam lain dan kini mereka perlu menyelamatkan rakan-rakan lain dan juga bandar yang mereka tinggal.

Setelah tonton habis, Season 3 kali ni mempunyai pengisian cerita yang lebih menarik dan memberi penampakan yang lebih besar buat makhluk yang dipanggil sebagai ‘The Mind Flayer‘. Penuh dengan drama, lawak, aksi, bercampur emosi dan yang paling menyedihkan juga bila watak kuat dalam cerita ni akhirnya mati.

Sesuatu yang tak dijangka dan sememangnya memberi impak kepada penonton yang melihat kekuatan beliau dari Season 1 hingga Season 3 yang membantu untuk menyelesaikan masalah dan menyelamatkan kanak-kanak dan bandar berikut.

Ia sememangnya sesuatu yang amat menarik dan terasa nostalgia melihat kanak-kanak yang dari Season 1 masih kecil, kini sudah besar dan tinggi-tinggi. Nampak juga kematangan dari segi setiap watak sekumpulan kanak-kanak berikut pada ketiga-tiga Season ini.

Tambahan lagi cerita ni mempunyai suasana tahun 80-an yang sangat kuat. Ia memberi pengalaman tonton yang sangat mengujakan melihat suasana zaman 80-an yang penuh dengan fesyen dan gaya hidup zaman itu.

Semua watak kali ni nampak lebih seimbang dan tak terlalu lebihkan watak EL (Eleven) yang dimainkan oleh Millie Bobbie Brown. Watak yang tak berapa menyerlah masa Season 2, dilihat lebih menyerlah dalam Season 3. Lebih-lebih lagi watak abang kepada Max iaitu Billy yang dimainkan oleh Dacre Montgomery.

Secara keseluruhan Season 3 ni saya bagi 9.5/10 ✨

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: