Sony sedang membangunkan peranti dengan skrin boleh gulung?

Tidak lama lagi peranti dengan skrin boleh lipat bakal menemui pengguna. Menguatkan lagi berita ini apabila Samsung melaporkan bahawa mereka sudah jumpa penyelesaian buat masalah yang buat ia ditunda.

Selain dari skrin boleh lipat, terdapat ura-ura terkini bahawa Sony sedang membangunkan peranti dengan skrin yang boleh digulung. Walaupun ia kedengaran agak mustahil, namun terdapat rakaman video yang membuktikan laporan ini.

Menurut pengguna Twitter yang bernama Max J (pakar dalam membocorkan informasi peranti sebelum pelancaran), telah berkongsi video peranti Samsung dengan skrin yang boleh digulung dan spesifikasi yang dikhabarkan adalah prototaip untuk menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X.

Dalam perkongsian berikut, beliau berkongsikan bahawa peranti dengan skrin boleh digulung ini akan hadir dengan bateri sebesar 3,220mAh, cip pemproses kelas pertengahan Snapdragon 7250. panel paparan LG, rekaan Nautilus dan keupayaan kamera 10x kali zoom buat versi prototaip. Manakala buat versi pasaran, mungkin akan hadir dengan cip pemproses Snapragon 855 dan model Qualcomm X50 yang mempunyai teknologi 5G.

Contoh peranti Samsung dengan skrin yang boleh digulung :

Setakat ini kami tiada maklumat yang lebih mengenai peranti dari Sony ini dan berharap akan mendengar lebih lagi tahun ini. Ia semamangnya sangat berlainan dari apa yang pernah Samsung atau Huawei perkenalkan untuk ia dipasarkan buat pengguna.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: