Skor menunjukkan prestasi Black Shark 2 Pro lebih baik dari Black Shark 2 biasa

Umum sedia maklum bahawa Black Shark 2 Pro bakal dilancarkan secara rasmi beberapa hari sahaja lagi yang dijadualkan pada 30 Julai ini. Kita semua sudah tahu bahawa Black Shark 2 menggunakan Snapdragon 855, manakala Black Shark 2 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 855+ terbaru.

Dalam pada itu menerusi perkongsian dari Weibo, terdapat skor pemarkahan Black Shark 2 Pro yang dilengkapi dengan storan 256GB dan 12GB RAM, cip GPU Adreno 640, Android 9 Pie dan resolusi skrin 2340 x 1080 piksel.

Skor pemarkahan AnTuTu Benchmark yang dicapai adalah sebanyak 405598. Jika dibandingkan dengan skor yang dicapai oleh Black Shark 2, skor versi Pro yang dicapai hampir 30,000 lebih tinggi. Jika dilihat dari segi skor yang dipaparkan, kedua-duanya tak lari jauh dan hampir sama.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: