Siri Huawei P30 mendapat anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik 2019’ – Beberapa syarikat lain juga turut menerima anugerah AMO 2019

GSM Association atau lebih dikenali sebagai GSMA (Global System for Mobile Communications) telah mengumumkan pemenang anugerah Asia Mobile Awards (AMO) 2019 di acara khas MWC 2019 yang diadakan di Shanghai baru-baru ini.

Penganugerahan ini dilihat dari aspek pencapaian dan inovasi utama yang memacu industri mudah alih merentasi rantau Asia Pasifik. John Hoffman CEO GSMA Ltd turut menyatakan “Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan penama Anugerah Mobile Asia di MWC19 Shanghai.” Berikut adalah senarai pemenang AMO 2019.

Teknologi Mudah Alih yang terbaik di Asia :
SK Telecom for Innovative Roaming Technology ‘baro’.

Inovasi IoT Rangkaian Mudah Alih yang terbaik di Asia :
Telstra Corporation Limited, Ericsson untuk yang pertama didunia mengimplementasi dari jarak jauh di seluruh negara terhadap rangkaian NB-IoT yang mencecah sehingga 100km.

Anugerah Inovatif 5G Asia :
KT untuk Perintis Seluruh Dunia dalam 5G.

Telefon Pintar Terbaik 2019 :
Huawei P30 dan P30 Pro

Perkhidmatan Mudah Alih untuk Menghubungkan Kehidupan di Asia :
ZTE untuk Perkhidmatan Broadband dari udara ke darat untuk Airline Connected Living

Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Bandar Pintar di Asia :
China Mobile, Huawei, Tendency, Zhengzhou Public Security Bureau untuk skala besar NB-IoT Perlindungan dan Pengurusan Motor Elektrik

Penyumbang Mudah Alih Cemerlang kepada SDG UN di Asia :
China Mobile, Huawei & China 301 Hospital yang pertama didunia berjaya menggunakan pembedahan alat kawalan jauh buat manusia yang didayakan oleh 5G DN

Penyumbang Cemerlang kepada Industri Mudah Alih :
Takashi Tanaka, Pengerusi KDDI

Women4Technology – Anugerah Kepimpinan Industri Asia :
Xinmei Cai, Google Jepun

Kesemua para pemenang Anugerah AMO 2019 dipilih dari 150 penyertaan dan pencalonan di enam kategori, dan diadili oleh lebih daripada 70 pakar terkemuka dunia, penganalisis, wartawan, ahli akademik dan dalam beberapa kes, wakil pengendali mudah alih.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: