Shell perkenalkan koleksi Edisi Terhad Ferrari

Shell Malaysia hari ini telah perkenalkan koleksi Edisi Terhad Ferrari dengan 8 model kereta pilihan. Ferrari bukan nama yang asing buat penggemar automotif dengan kereta sport yang sangat mengancam dan menjadi kegilaan ramai.

Kesemua 8 model kereta yang dipilih mempunyai identiti yang tersendiri dan memaparkan sejarah Ferrari selama berdekad mereka dalam industri automotif. Koleksi ini sememangnya berita baik buat peminat kerete-kereta Ferrari.

Anda boleh mendapatkan koleksi ini bermula 1 Julai hingga 8 September tahun ini. Cara untuk mendapatkannya, anda harus mengisi minyak dengan minimum RM30 dalam satu resit dimana-mana kedai Shell dan layak untuk membeli koleksi Ferrari ini dengan harga RM15.90 sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: