Samsung Galaxy Note 10 mendapat permakahan Geekbench

Belum lagi dilancarkan secara rasmi, rekaan Samsung Galaxy Note 10 sudah dikira mendapat jawapan yang tepat apabila pelbagai gambar yang sudah tertiris menunjukkan Galaxy Note 10 akan hadir dengan paparan skrin hole-punch dibahagian tengah dan 2 pilihan model iaitu Note 10 dan Note 10+.

Dalam pada itu, terdapat laporan bahawa Samsung Galaxy Note 10 dengan menggunakan model kod SM-N970F telah diuji prestasinya melalui Geekbench yang dikemaskini pada 15 Julai yang lalu. Boleh rujuk gambar dibawah.

Melalui informasi yang diperlihatkan, hasil pemarkahan skor untuk Single-Core adalah 4495. Manakala skor untuk Multi-Core mendapat 10223. Bahagian informasi sistem, ia menggunakan sistem operasi Android 9 Pie, memori 8GB RAM (7383MB) dan cip pemproses dengan kod universal9825 yang mungkin adalah cip pemproses terbaru dari Samsung iaitu Exynos 9825.

Pelancaran rasminya telah dijadualkan pada 7 Ogos ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lebih lanjut tentang siri Galaxy Note 10 terbaru dari Samsung ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: