Samsung Galaxy Note 10 akan hadir dengan pengecasan pantas 25W dan sokongan sehingga 45W

Ura-ura tentang spesifikasi dan rekabentuk siri Samsung Galaxy Note 10 nampaknya semakin lama semakin rancak. Hatta, kita juga semakin hampir dengan tarikh pelancarannya yang dijadualkan pada 7 Ogos ini.

Dalam informasi yang tertiris baru-baru ini, perkongsian dari Ice Universe di Twitter telah berkongsikan bahawa Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ bakal hadir dengan plugpengecasan pantas 25W dalam kotak bungkusan jualan.

Walaupun begitu, beliau juga turut mengatakan bahawa Note 10+ sahaja yang akan menyokong pengecasan pantas sehingga 45W yang perlu dibe li secara berasingan jika anda inginkannya. Manakala Note 10 hanya menyokong pengecasa sehingga 25W sahaja.

Ia sememangnya berita baik buat peminat Samsung. Jika sebelum ini Samsung hanya bekalkan plug pengecasan pantas 15W buat siri Samsung Galaxy S10, kini Samsung bakal tawarkan dengan plug pengecasan pantas 25W sekali dalam kotak buat siri Samsung Galaxy Note.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: