Samsung didakwa di Mahkamah Australia terhadap ‘iklan kalis air yang tidak benar’ buat siri fon Galaxy

Iklan kalis air bukan perkara yang baru lagi. Kebanyakan peranti masa kini mempunyai pengesahan IP Rating yang membolehkan sesuatu peranti itu tahan semasa dalam air mahupun percikan air. Namun ia sedikit meragukan apabila ia tidak termasuk dalam jaminan warranty apabila berlaku permasalahan menyebabkan air.

Menerusi laporan terkini, Samsung dilaporkan telah dibawa ke mahkamah di Australia atas tuntutan bahawa beberapa iklannya memberi informasi yang kurang tepat kepada para pelanggan tentang paras kalis air buat siri telefon Galaxy yang cukup popular di seluruh negara terutamanya di Australia mahupun Malaysia.

Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) mempunyai keluhan dengan hal ini kerana penarafan IP68 ini tidak meliputi semua jenis ketahanan air. Samsung telah mengiklankan banyak model fon Galaxy yang popular yang boleh digunakan pada tempat seperti kolam renang dan juga kawasan laut sejak tahun 2016. ACCC menyatakan bahawa Samsung telah sengaja mengelirukan dengan penggunaan pengiklanan di kawasan yang tidak sesuai.

Jika kita mengimbau pada tiga hingga empat tahun yang lalu, pelbagai peranti yang diperkenalkan oleh Samsung yang telah diiklankan sebagai mempunyai pengesahan IP68 sebagai kalis air, yang sepatutnya bermakna peranti berikut mampu bertahan dalam air sehingga 30 minit dalam air dengan kedalaman 1.5 meter.

Kes ini juga meliputi lebih daripada 300 iklan Samsung di televisyen, radio, dalam talian dan di media sosial sejak Februari 2016, dan meliputi 15 model fon Galaxy termasuk Note 7, A8, A5 dan siri terbaru S10.

Ketua ACCC Rod Sims dalam satu kenyataan mengatakan bahawa “The ACCC alleges Samsung’s advertisements falsely and misleadingly represented Galaxy phones would be suitable for use in, or for exposure to, all types of water, including in ocean water and swimming pools, and would not be affected by such exposure to water for the life of the phone, when this was not the case.

Jika saman itu ditegakkan, Samsung boleh dikenakan denda sehingga berjuta-juta dolar. Samsung dalam maklum balas mereka turut mengatakan bahawa mereka akan mempertahankan diri mereka daripada tuntutan mahkamah.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: