Rekaan Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ yang lebih jelas

Sejak beberapa bulan ini kita telah diperlihatkan dengan pelbagai gambaran tentang siri Galaxy Note 10 yang terbaru. Dalam pada itu, Samsung akan perkenalkan 2 model iaitu Note 10 dan Note 10+, bukan Note 10 Pro.

Menerusi perkongsian dari pengguna Twitter Ice Universe dan Ishan Agarwal, mereka telah kongsikan gambaran Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ yang lebih jelas dari pelbagai sudut dan contoh paparan.

Pada bahagian hadapan, Galaxy Note 10 dan Note 10+ menggunakan paparan skrin penuh dengan lubang kamera dibahagian tengah (Infinity-O) yang sekaligus menjadikan Galaxy Note 10 telefon pintar Samsung pertama menggunakan rekaan seumpama ini pada skrin.

Samsung juga masih mengekalkan rekaan skrin melengkung dibahagian sisi dengan sedikit bingkai dibahagian bawah. Tidak pasti kenapa Samsung dan juga kebanyakan pengeluar Android lain tidak terus membuangnya.

Manakala bahagian belakang, Galaxy Note 10+ dilihat hadir dengan 4 kamera berbanding Galaxy Note 10 yang hanya tri-kamera. Ia adalah perbezaan yang paling ketara buat kedua model ini dan sememangnya model Note 10+ menawarkan spesfikasi yang lebih baik. Namun tak dapat dipastikan lagi fungsi mana lagi lebih baik selain fungsi kamera.

Menurut Ice Universe lagi, Galaxy Note 10 akan hadir dengan warna Magic Silver seperti Galaxy S10+ yang mempunyai warna gradient seakan pelangi berwarna ungu, hijau dan biru. Ia sememangnya warna pilihan saya!

Samsung akan melancarkan secara rasmi siri Galaxy Note 10 pada acara khas Samsung Unpacked pada 7 Ogos ini di New York, AS. Jangkaan saya untuk harga jualan di Malaysia mungkin akan mencecah sehingga RM5,000 atau lebih kerana mempunyai versi Note 10+. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: