Rekaan rasmi Xiaomi Mi A3 tertiris

Siri Xiaomi Mi A adalah antara siri yang sering dinantikan-nantikan oleh penggemar Xiaomi. Mana tidaknya, Xiaomi seringkali menawarkan siri Mi A dengan spesifikasi yang hebat dan harga yang sangat berbaloi. Selain itu, ia mempunyai sistem operasi Android One. Bukan MIUI.


Setelah Mi A2, Xiaomi kini bakal hadir dengan siri Mi A generasi seterusnya iaitu Mi A3. Dalam pada itu, gambar rasmi rekaan Mi A3 juga telah tersebar luas di arena web menunjukkan ia bakal dilengkapi dengan paparan skrin WaterDrop.


Menerusi gambar, dapat lihat Mi A3 kembali dengan bicu audio 3.5mm setelah ia dibuang pada Mi A2 yang dilancarkan tahun lepas. Selain itu, terdapat tulisan Android One dibahagian bawah panel belakang Mi A3 menandakan ia akan menjalan sistem operasi Android One dan mungkin hadir dengan Android 9 Pie.

Berdasarkan ura-ura, Mi A3 bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 665, 4GB RAM, storan 6GB atau 128GB, sokongan kad SD (yang sebelum ini dibuang pada Mi A2), bateri sebesar 4,000mAh dan pengecasan pantas bersama kabel USB Type-C.

Selain itu, pada bahagian kamera Xiaomi Mi A3 hadir dengan tri-kamera 48MP f/1.79 kamera utama, 8MP ultra-lebar, dan 2MP depth sensor. Namun setakat ini tiada maklumat tentang pelancaran rasminya. Sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: