Rekaan Google Pixel 4 bahagian depan dan belakang yang lebih jelas tertiris!

Rekaan Google Pixel 4 bukan lagi satu rahsia apabila Google sendiri telah kongsikan gambar rekaan Pixel 4 menerusi laman Twitter rasmi mereka pada pertengahan Jun yang lepas.

Menerusi perkongsian oleh Google, dapat lihat rekaan bentuk kamera yang mempunyai bentuk kamera seperti iPhone 11 yang tertiris. Tetapi mempunyai susunan modul lensa dan lampu flash yang berbeza.

Dalam pada itu menerusi Twitter OnLeaks, beliau telah kongsikan gambaran rekaan Google Pixel 4 yang lebih jelas pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.

Jika sebelum ini Google telah mengesahkan bahagian belakang dengan bentuk bonggolan kamera, kini kita dapat melihat rekaan paparan skrin hadapan menerusi gambar yang tertiris.

Menerusi gambar, dapat lihat skrin yang digunakan mempunyai bingkai yang agak tebal pada bahagian atas dan bawah, malah tiada sebarang takuk yang digunakan seperti Google Pixel 3 XL. Jika benar Google menggunakan rekaan seumpama ini pada bahagian paparan skrin, ia sememangnya sesuatu yang mengejutkan tatkala kebanyakan pengeluar berlumba untuk membuang bingkai dan mendapatkan pengalaman skrin penuh.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: