Redmi Power Bank hadir dengan harga serendah RM35 yang menyokong USB-C dan kuasa sehingga 20,000mAh

Setelah Redmi mengumumkan bahawa mereka diasingkan dari Xiaomi dan menjadi sub-jenama kepada Xiaomi secara sah, jenama Redmi semakin rancak disebut dengan pelbagai penawaran teknologi dan peranti yang berbaloi.

Kini Redmi hadir dengan Power Bank terbaharu yang mempunyai dua pilihan kapasati iaitu 10,000mAh dan 20,000mAh. Apa yang menariknya dengan kedua-dua Power Bank ini adalah, ia ditawarkan dengan harga tidak lebih dari RM100 jika mengikut tukaran wang asing semasa.

Harga yang ditawarkan buat 10,000mAh (PB100LZM) adalah CNY 59 (RM35). Namun Power Bank ini tiada sokongan pengecasan pantas. Akan tetapi ia hadir dengan pelbagai port iaitu 2x USB-A, 1x USB-C dan 1x MikroUSB. Menjadikannya 4x port secara keseluruhan.

Manakala untuk 20,000mAh (PB200LZM) bernilai CNY 99 (RM59). Yang menariknya dengan harga itu, ia mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W dan sokongan port yang sama seperti 10,000mAh.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia menyokong pengecasan pantas yang terdapat dipasaran sekarang. Selain itu, Power Bank ini juga turut mempunyai paparan lampu LED sebagai tanda kapasiti bateri.

Power Bank ini juga dilaporkan mampu mengecas Redmi Note 7 dalam 3.5 kali, Xiaomi Mi 9 dalam 5.3 kali, Xiaomi Mi 9T (K20) dalam 3.5 kali dan iPhone Xs dalam 4.8 kali. Redmi Power Bank ini juga akan mula dijual di China bermula 23 Julai ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: