Redmi bakal hadir dengan peranti yang dikuasakan MediaTek Helio G90T

Semalam kita sudah mendengar bahawa MediaTek mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka yang hadir dengan dua cip iaitu Helio G90 dan Helio G90T yang memfokuskan terhadap permainan mudah alih.

Kini Eksekutif Redmi telah mengesahkan melalui Weibo bahawa syarikat itu akan mengeluarkan peranti Redmi yang dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T terbaru dan akan tersedia secara global.

Namun tak dapat dipastikan ia akan dikuasakan buat model apa. Apa yang dapat dipastikan ialah peranti Redmi yang memfokuskan permainan mudah alih dalam kelas pertengahan ini akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.