Redmi 7A dilancarkan di Malaysia – Bateri 4000mAh dengan harga RM399

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri Redmi yang terbaru iaitu Redmi 7A dengan spesifikasi yang dinaiktaraf dari model sebelum ini Redmi 6A.

Redmi 7A hadir dengan cip pemproses Snapdragon 439, dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh dengan pengecasan pantas 10W dan mempunyai rekaan yang lebih baik. Ia juga mempunyai sokongan radio FM, slot kad MikroSD, bicu audio 3.5mm dan mempunyai kalis percikan air.

Selain itu pada bahagian hadapan, ia mempunyai skrin sebesar 5.45-inci HD+. Tambahan lagi, skrin yang terdapat pada Redmi 7A juga mempunyai sokongan ‘low blue light eye protection’ yang mendapat kelulusan oleh TUV Rheinland.

Harga yang ditawarkan buat Redmo 7A adalah RM399 buat 2GB RAM dan 16GB storan, manakala RM439 buat 2GB RAM dan 32GB storan. Redmi 7A juga turut hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Matte Blue dan Matte Black.

Redmi 7A akan mula dijual di kedai rasmi Xiaomi iaitu Mi Store bermula hari ini 17 Julai untuk kedua-dua model. Manakala untuk pembelian secara dalam talian, hanya 2GB RAM dan 16GB storan yang tersedia buat masa ini. Untuk 2GB RAM dan 32GB storan, ia akan tersedia untuk pembelian secara dalam talian di Shopee bermula 22 Julai ini dan 26 Julai di Lazada.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: