Raqib – Memudahkan perjalanan Haji dan Umrah anda!

Mungkin ramai antara kita yang menghadapi kesukaran semasa ingin menunaikan ibadah Haji dan Umrah apabila beribu-ribu, malah berjuta-juta orang berkumpul di satu tempat untuk beribadat. Hatta, pihak berkuasa juga mengalami kesukaran untuk menguruskan jemaah.

Tambahan lagi, dengan kepelbagaian pintu masuk di Masjid dan kesesakan orang ramai, membuatkan risiko sesat dan risiko barang hilang atau terjatuh yang tinggi. Lebih-lebih lagi buat warga tua atau yang kurang upaya.

Dalam tempoh puncak haji apabila para jemaah pergi ke Arafat, Mudzalifah, dan Mina di mana lelaki hanya boleh memakai jubah putih, cara terbaik dan paling selamat untuk membawa apa-apa peranti komunikasi dengan selamat adalah dengan memakai “jam tangan” bukannya telefon pintar. Faktor kesihatan dan keselamatan adalah kebimbangan utama apabila di kawasan yang sesak.

Oleh itu, satu inisiatif telah dicipta oleh FAVORIOT melalui sokongan teknologi terkini yang diberi nama Raqib untuk membantu para jemaah semasa menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

Ia adalah jam tangan pintar Raqib dan aplikasi Raqib yang boleh dimuat turun di App Store (iPhone) dan di Play Store (Android) mahupun komputer. Pelbagai kelebihan yang ditawarkan buat inisiatif ini, ia termasuk :

  • Keupayaan untuk memonitor keberadaan jemaah haji
  • Memantau keadaan kesihatan mereka (Tekanan Darah, ECG, Kadar Jantung dan Aktiviti)
  • Berkomunikasi dengan Mutawif * secara langsung (atau mana-mana nombor telefon kenalan yang telah ditetapkan) dalam kes-kes kecemasan atau panggilan kepada jemaah haji. (* Nota: Hanya dengan rakan kongsi yang diluluskan oleh Agensi Pelancongan Favoriot)

Maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Raqib.co

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: