Rakyat Malaysia kini boleh ‘daftar undi’ secara dalam talian

Berita baik buat semua pengundi di Malaysia, anda kini boleh mendaftar sebagai pengundi melalui portal rasmi MySPR Daftar secara dalam talian. Anda hanya memerlukan sambungan internet dan komputer atau telefon pintar untuk mendaftar. Portal ini telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Hal Ehwal & Undang-undang iaitu Datuk Liew Vui Keong di Suruhanjaya Pilihan Raya.

Untuk mendaftar, pendaftar harus mengemukakan nombor telefon yang sah, alamat email, gambar hadapan kad pengenalan dan gambar swafoto anda bersama kad pengenalan. Pendaftaran boleh dilakukan melalui portal rasmi https://mysprdaftar.spr.gov.my dengan mengisi borang yang disediakan.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun juga berkata bahawa portal ini dapat membantu pengundi dalam talian untuk kemaskini butiran mereka seperti alamat semasa mereka. Beliau juga turut berkata pendaftaran pengundi secara automatik mungkin boleh berlaku pada 2021.

“Kita perlu bersaing dengan trend teknologi, dan pada masa kini belia mahukan penyelesaian mudah di mana mereka boleh mendaftar di mana-mana sama ada di telefon atau tablet mereka.” menurutnya lagi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: