Peluang menang fon PERCUMA dengan aplikasi Hotlink RED

Hotlink kini sedang menawarkan peluang untuk pengguna aplikasi Hotlink RED dengan kempen “Free Phones Every Day” untuk memenangi telefon pintar PERCUMA apabila log masuk ke aplikasi Hotlink RED setiap hari.

Tawaran ini akan berlangsung sehingga 31 Julai. Pelanggan boleh memenangi telefon Samsung S10+, Samsung A10, atau Samsung A30 dengan cara menuntut mata ganjaran Hotlink Rewards percuma setiap hari dengan hanya log masuk ke aplikasi dan menggunakan mata ganjaran tersebut untuk menyertai tawaran “Free Phones Every Day”.

“Telefon bimbit adalah salah satu keperluan hidup dan kita tidak pergi ke mana-mana pun tanpanya. Pada masa yang sama, kami di Maxis menyedari bahawa harga telefon bimbit semakin meningkat dan ini menyusahkah untuk sesetengah orang untuk membelinya. Hotlink ingin memberi tawaran menarik yang sangat bernilai setiap hari kepada pelanggan kami, oleh itu kami membuat promosi “Free Phones Every Day”. Ia memang semudah itu! Kami komited untuk memahami pelanggan secara peribadi – segala sukaan mereka, tawaran yang relevan kepada mereka dan sebagainya,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan.

Berikut adalah cara untuk anda berpeluang menang :

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada App Store (iPhone) atau Google Play Store (Android), dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan tebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Shop dalam aplikasi.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, masuk laman Deals and cari promosi “Free Phones Every Day” di bawah kategori “Hot Deals”. Klik tawaran tersebut dan pilih “Redeem With 5 Hotlink Rewards Points” bagi memuat turun satu peluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi telefon bimbit percuma setiap hari semasa tempoh kempen ini, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: