Pelindung skrin dan fon sebenar Huawei Mate 30 terdedah

Ura-ura Huawei Mate 30 adalah antara telefon pintar yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selain dari ura-ura tentang Pixel 4, iPhone 11 dan Samsung Galaxy Note 10 turut hangat diperkatakan.

Sebelum ini kita telah diperlihatkan dengan gambaran Mate 30 yang mungkin akan menggunakan rekaan kamera yang berbentuk bulat, sangat berbeza dengan rekaan yang diperkenalkan pada Mate 20 tahun lepas.

Kini, menerusi perkongsian dari Ice Universe di Twitter beliau, terdapat gambar pelindung skrin yang tertiris menunjukkan bahawa Mate 30 akan mengekalkan paparan skrin yang mempunyai takuk seperti Mate 20 Pro.

Selain pada pelindung skrin, terdapat juga gambar fon sebenar yang dikatakan adalah Mate 30 dengan pelindung kerangka khas yang tebal untuk mengelakkan diketahui umum turut tersebar di arena web. Jika benar, ia menguatkan lagi tentang rekaan skrin yang masih bertakuk.

Namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai resolusi atau keupayaan skrin seperti kadar segar semula (fresh rate) yang akan digunakan pada Mate 30. Saya jangkakan Mate 30 mungkin akan ada sekurang-kurangnya kadar segar semula 90Hz pada skrin.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: