Pelindung kerangka Google Pixel 4 tertiris – Menunjukkan rekaan setiap sudut

Sebelum ini kita telahpun diperlihatkan dengan gambar rekaan Google Pixel 4 yang dikongsikan oleh Google sendiri. Namun ia pada bahagian belakang sahaja. Namun, terdapat juga gambaran bahagian depan belakang yang dikongsikan sebelum ini oleh OnLeaks.

Kini terdapat gambar pelindung kerangka (casing) yang tertiris menunjukkan Google Pixel 4 dalam setiap sudut. Melalui gambaran ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa ia dilengkapi dengan dwi-kamera bahagian hadapan dan tri-kamera pada bahagian belakang.

Pada bahagian lain, skrin yang digunakan masih mempunyai bingkai yang agak tebal dibahagian atas dan sedikit dibahagian bahawa. Dibahagian bawah, kita dapat lihat ia mempunyai port USB-C, fungsi mikrofon dan pembesar suara. Dan bahagian tepi kanan mempunyai butang kuasa dan butang kelantangan.

Jika sentuh bahagian spesifikasi, ada yang berpendapat bahawa Pixel 4 mungkin akan dilengkapi dengan kamera 12MP sebagai kamera utama dan 16MP telefoto dengan keupayaan 2x optikal zoom. Manakala Pixel 4 XL mungkin akan mempunyai sensor khas yang membantu terhadap situasa kurang cahaya dan menambahbaik fungsi kesan bokeh.

Terdapat juga ura-ura tentang resolusi yang digunakan pada Pixel 4 yang menggunakan resolusi 1080 x 2280 piksel dan Pixel 4 XL dengan resolusi 1440 x 3040 piksel.

Jika benar, ternyata ia lebih baik berbanding Pixel 3 yang hanya guna 1080 x 2160 piksel dan Pixel 3 XL 1440 x 2960 piksel sahaja. Apa pun untuk lebih kepastian, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada bulan Oktober ini

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: