Oppo Find Y akan hadir dengan teknologi kamera dibawah skrin?

Oppo pada tahun lepas perkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka dengan teknologi kamera bermotor yang sedikit berbeza dari fungsi kamera bermotor lain iaitu Oppo Find X.

Disamping pengeluaran Oppo Find X, terdapat ura-ura bahawa Oppo bakal perkenalkan model kedua bagi siri Find iaitu Oppo Find Z. Namun setakat ini tiada khabar berita lagi mengenainya.

Menerusi laporan yang dibuat oleh LetsGo Digital, telah menyatakan bahawa Oppo bakal mengeluarkan siri Find terbaru dengan nama Oppo Find Y sebagai tanda dagang yang telah didaftarkan dibawah WIPO (World Intellectual Property Office) yang dikategorikan sebagai kelas 9.

Jika melihat dari sejarah Oppo Find X, ia adalah salah satu fenomena yang pernah Oppo perlihatkan pada dunia tahun lepas dengan teknologi bermotor yang unik pada masa itu. Dengan Oppo Find Y ini, Oppo mungkin juga akan perlihatkan pada umum teknologi baharu.

Ada ura-ura mengatakan bahawa Oppo Find Y bakal menggunakan teknologi kamera dibawah skrin yang telah ditunjukkan baru-baru ini di laman Twitter rasmi Oppo dan pada acara khas MWC Shanghai 2019. Oppo Find Y juga dijangka akan diperkenalkan pada umum pada acara khas MWC 2020 tahun hadapan.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: