Nubia Red Magic 3 akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855 Plus

Baru-baru ini Qualcomm telah mengumumkan cip pemproses terbaru mereka yang memfokuskan terhadap prestasi khas buat permainan mudah alih yang dinamakan sebagai Snapdragon 855 Plus.

Dalam pada itu, beberapa pengeluar peranti dari China tidak melepaskan peluang mereka untuk menggunakan cip pemproses ini buat telefon pintar keluaran mereka. Antara yang terawal mengumumkan adalah ASUS buat ROG Phone 2.

Selain itu, Nubia juga turut menunjukkan poster rasmi Red Magic 3 yang akan hadir dengan Snapdragon 855 Plus. Buat anda yang masih tidak tahu kelebihan Snapdragon 855 Plus, ia mempunyai 15% kelajuan kad grafik berbanding Snapdragon 855 biasa. Sesuai buat telefon pintar yang berasaskan permainan mudah alih. Namun ia tiada sokongan teknologi 5G.

Bahagian spesifikasi Nubia Red Magic 3, ia menggunakan skrin jenis AMOLED sebesar 6.65-inci dengan fresh rate 90Hz, pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB

Selain itu, ia mempunyai kebesaran bateri sehingga 5,000mAh dan menggunakan sistem pengecasan pantas 27W jenis USB-PD. Untuk mengekalkan prestasi yang baik ketika penggunaan yang kerap, ia turut dibekalkan dengan kipas penyejuk yang berpusing pada kadar 14,000 rpm bagi mengelakkan kepanasan yang melampau.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: