Moment hadir dengan lensa kamera khas buat Dron

Moment adalah antara salah satu jenama yang terkemuka terhadap pengeluaran aksesori dan alat sokongan buat telefon pintar seperti lensa kamera dan kerangka pelindung (casing).

Kali ini Moment perkenalkan siri alatan kamera khas buat Dron yang diberi nama sebagai Moment Air buat DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom dengan menggunakan lensa Anamorphic. Selain itu, Airlight Drone filter dan Ultra Thin Photo Case buat telefon pintar anda untuk lebih sesuai digunakan pada alat kawalan jauh Dron juga turut diperkenalkan.

Menurut Moment, lensa Anamorphic digilap menggunakan tangan dan menggunakan kualiti kaca cinema yang amat sesuai buat rakaman video 4K. Tambahan lagi, lensa ini juga mengeluarkan suar (flare) yang lebih unik dalam keadaan yang berbeza, dari matahari terbenam ke cahaya lampu.

Dengan kesemua alatan khas buat Dron dari Moment ini, ia sememangnya mampu memberi hasil video dan gambar yang lebih baik berbanding menggunakan kamera yang sedia ada.

Harga yang ditawarkan buat semua aksesori ini adalah :

  • Drone Anamorphic Lens – $300 (RM1,235)
  • Airlight Drone filter – $120 (RM494)
  • Ultra Thin Photo Case – $30 (RM123)

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: