Marvel umumkan filem BLADE akan kembali dengan Mahershala Ali sebagai pelakon utama

Setelah senarai fasa ke-4 diumumkan oleh Presiden Marvel Studio Kevin Feige hari ini, beliau juga turut umumkan bahawa filem terbaru BLADE akan kembali buat peminat yang dilakonkan oleh Mahershala Ali sebagai pemburu pontianak.

Nampaknya agak lama juga pihak MCU ingin mengembalikan filem BLADE setelah ia mula diperkenalkan pada tahun 1998 sehingga tahun 2004 yang asalnya dilakonkan oleh pelakon berkarisma Wesley Snipes.

Dari segi karisma dan riak wajah, Mahershala nampak seperti sesuai menggantikan Wesley. Jika anda pernah menonton filem Alita : Battle Angle, anda pasti mengingati watak antagonis yang dimainkan oleh beliau.

Kejayaan filem BLADE terdahulu juga sememangnya pencetus impak yang besar buat Marvel Studio. Namun begitu, tarikh tontonan tidak disebut buat filem ini walaupun terdapat senarai fasa ke-4 yang telah diumumkan tentang tarikh tontonannya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: