Malware ‘Agent Smith’ telah menyerang dan menggantikan aplikasi Android

Menurut dari laporan terkini, firma keselamatan perisian iaitu Check Point telah mengeluarkan kajian mereka bahawa terdapat malware terbaru yang diberi nama sebagai ‘Agent Smith’ yang menyerang lebih 25 juta peranti Android.

Malware ini tidak dikatakan tidak mencuri data, sebaliknya ia memaksa untuk mengeluarkan lebih iklan atau mengambil kredit untuk iklan yang telah dipamerkan pengendali perisian itu dapat mendapat keuntungan daripada paparan iklan berikut. Menurut laporan juga, nama yang digunakan adalah dipetik dari watak antagonist iaitu Agent Smith dalam filem The Matrix.

Infografik bagaimana malware menyerang

Antara aplikasi yang berisiko terhadap malware ini adalah WhatsApp, Opera Mini dan Flipkart. Menurutnya lagi, malware ini mampu menggantikan aplikasi yang dipasang secara sah di Android.

Menurut Check Point juga, “Agent Smith” pada asalnya dimuat turun dari aplikasi pihak ketiga yang digunakan secara meluas iaitu melalui 9Apps, bukan Google Play Store dan kebanyakan sasarannya adalah tertumpu kepada bahasa Hindi, Arab, Rusia, dan berbahasa Indonesia.

Setakat ini, mangsa-mangsa utama didasarkan adalah di India walaupun negara-negara Asia lain seperti Pakistan dan Bangladesh juga telah terjejas. Oleh sebab itu, sebanyak 15 juta peranti Android yang diserang malware Agent Smith di India. Terdapat juga sejumlah alat yang dijangkiti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Check Point juga mengingatkan supaya pengguna hanya muat turun dari kedai aplikasi (App Store) yang sah dan dipercayai sahaja untuk mengurangkan risiko jangkitan kerana kedai aplikasi pihak ketiga kekurangan langkah keselamatan yang diperlukan untuk menyekat aplikasi yang dimuatkan oleh adware.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: