Makanan dengan ‘pek pemanas’ : Boleh atau tidak bawa naik kapal terbang?

Oleh : Wan Ab Aziz

Kebelakangan ini, ramai yang datang ke Jepun dan membawa bersama makanan segera juadah Malaysia beserta pek pemanas yang boleh dipanaskan di mana-mana saja asalkan ada air, ais, salji dan sebagainya. Saya juga pernah menerima makanan segera ini dari tetamu yang datang dan mencubanya. Jujur cakap memang senang dimasak dan enak dimakan.

Cuma satu persoalan yang timbul di kepala saya, adakah ianya dibenarkan atau tidak untuk dibawa masuk ke dalam pesawat atau kapal terbang.

Ketika mahu ‘memasak’, hanya perlu letakkan apa-apa elemen air dan masukkan pek pemanas. Cukup mudah. ‘Self-heating pack’ atau pek pemanas yang disediakan bila terkena elemen air (selain dari air, saya pernah cuba gunakan SALJI, hasilnya sama) ianya akan menghasilkan suhu yang tinggi dalam masa yang cukup singkat.

Siap keluar wap panas lagi melalui lubang yang tersedia. Kalau pegang secara langsung, saya yakin tangan boleh melecur dengan panas yang terhasil menyebabkan saya rasa agak kurang yakin dengan tahap keselamatan pek ini.

Jadi, kerana ada sedikit masa malam ni, dah pagi sebenarnya ni (dah nak habis Subuh dah di Sapporo ni), saya buka beberapa laman utama syarikat penerbangan dan saya dapati apa-apa saja pek pemanas (self-heating pack) sebegini adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk dibawa masuk ke pesawat samada di dalam barang atau beg yang di ‘check-in’ mahupun di bawa ke atas sebagai ‘hand-carry‘.

Screenshot‘ di bawah adalah dari laman utama Air Asia, Skymark dan ANA. Ada lagi yang lain, tapi tak nak buang data upload, cukup la dengan 3 ni.

Kalau yang dah terbawa-terlepas tu, kita lupakan saja kisah cinta silam itu. Dulu lain, sekarang mungkin berbeza. Kalau tak silap saya, memang boleh lepas imigresen atau kastam kalau istihar bagi lapangan-lapangan terbang di Jepun.

Cuma, kalau dikesan oleh pihak syarikat penerbangan, ada kemungkinan beg anda tidak terbang bersama anda ke destinasi pilihan. Bagi syarikat penerbangan, mereka berhak berbuat sedemikian untuk menjaga keselamatan penumpang kerana pek pemanas ada kemungkinan boleh terbakar terutamanya jika salah pengendalian.

Selepas ni, jom elakkan dari bawa ke dalam pesawat yang ada pek pemanas kerana kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, ia akan melibatkan bukan hanya nyawa kita, malahan orang lain yang menaiki pesawat yang sama dengan kita.

Demi sedap lidah kita, janganlah sampai orang lain juga terkena. Ada nanti yang akan berkata mereka tak boleh terima makanan bukan Malaysia. Boleh saja bawa yang tanpa pek pemanas.

Tapi apa salahnya mencuba makanan tempatan di tempat yang dilawati. Rasanya pasti tidak sama dengan yang dimasak dan dijual di tempat kita. Bukannya selalu dapat makan yang original kan?

Wan Ab Aziz (Facebook)
19 Jul 2019 AM 03:45 / Sapporo, Hokkaido

Tambahan : Bagi pihak pengeluar, pengedar, penjual makanan atau juadah dengan pek pemanas sebegini, sila dapatkan HITAM-PUTIH (surat rasmi, bukan sekadar ‘screenshot chat’) dari pihak syarikat penerbangan kalau benar ada kebenaran dari pihak terbabit. Saya sedia untuk memadamkan post ini jika perlu.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: