Lenovo memfokuskan terhadap strategi 3S

Lenovo bukan nama yang asing lagi dalam arena teknologi di dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia. Tahun demi tahun nampaknya perkembangan teknologi membangun dengan pesat. Tak kurang juga pengeluar teknologi yang seringkali memberi pengalaman terbaik buat pelanggan mereka. Oleh itu, Lenovo dilihat mengukuhkan lagi nama mereka dalam dunia teknologi dengan memfokuskan terhadap strategi 3S.

Smart IoT

Dalam kepelbagaian teknologi, Smart IoT (Internet of Things) boleh dikira sebagai salah satu keperluan teknologi pada masa kini. Kita dapat melihat keperluan dari segi penggunaan harian seperti kamera CCTV, alat pintar buat rumah dan pelbagai lagi yang dapat disambungkan antara satu sama lain.

Lenovo dilihat komited memberi penaiktarafan terhadap peranti sedia ada supaya lebih bijak selari dengan kehendak pengguna masa kini yang dapat disambungkan antara satu sama lain menerusi sambungan awan (cloud) seperti Lenovo Smart Clock, Smart Camera dan Smart Lock.

Tambahan lagi memberi pengalaman teknologi peranti pintar yang lebih bijak terhadap kawasan seperti Hospital, Perkilangan dan Perumahan dan pelbagai lagi demi untuk mencapai visi ‘Smarter for Everyone’.

Smart Infrastuktur

Menyediakan kebolehan dan kebijaksanaan komputer, storan dan rangkaian yang dapat menyokong peranti pintar. Menurut Lenovo, pertambahan peranti pintar dilihat akan bertambah sehingga 20 bilion menjelang tahun 2020 secara global.

Ini bermaksud, kepelbagaian juga turut akan menjadi cabaran buat pengeluar peranti pintar. Lenovo dilihat membuat kerjasama bersama beberapa syarikat teknologi lain untuk menyediakan infrastruktur mereka dalam pengkomputeran saintifik dan AI yang menjadi tulang belakang kepada organisasi.

Smart Vertikal

Jika dilihat dari perkembangan teknologi masa kini, kita boleh lihat masih ada beberapa industri yang masih belum menggunakan teknologi sebagai alat sokongan dalam kerja harian mereka.

Oleh itu, Smart Vertical adalah strategi Lenovo yang berpotensi untuk meningkatkan proses bisnes, dalam membuat keputusan dan pulangan kewangan dengan mengubah industri yang masih belum sedar tentang kelebihan menggunakan teknologi.

Dalam temu bual bersama Ivan Cheung (Naib Presiden Lenovo Asia Pasifik) juga, saya sempat bertanyakan mengenai cabaran Lenovo dalam industri teknologi peranti pintar di Malaysia dan cara menanganinya.

Beliau memberi maklum balas bahawa “Lenovo menggunakan persaingan yang pantas, lebih kesedaran terhadap permainan mudah alih, menjual banyak lagi peranti yang lebih premium, menyediakan lebih perkhidmatan pada pengguna, memahami dan fokus terhadap kehendak pengguna.

Ia ternyata satu visi yang baik buat industri teknologi di Asia Pasifik dan terutamanya di Malaysia sendiri. Harap kita akan mendengar lebih banyak penawaran dan pelbagai pilihan peranti pintar yang diperkenalkan oleh Lenovo pada masa hadapan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: