Kereta Tesla bakal dilengkapi dengan Netflix dan YouTube

Sebelum ini kita sudah banyak dengar tentang kereta elektrik keluaran Tesla yang sememangnya unik dan mempunyai tarikannya tersendiri.

Tambahan lagi sebelum ini Tesla juga telah meletakkan fungsi permainanpada paparan skrin sesentuh yang mampu mengawal pelbagai tetapan. Antara permainan yang menarik adalah koleksi permainan klasik Atari, Fallout Shelter, Cuphead dan baru-baru ini syarikat itu memberitahu bahawa pengguna boleh bermain Chess di dalam Tesla Arcade.

Semestinya sebagai langkah keselamatan pemandu, ia hanya dapat berfungsi semasa kereta sedang berhenti sahaja dan boleh menggunakan steering kereta untuk mengawal permainan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, menerusi perkongsiang dari Twitter rasmi CEO Tesla Elon Musk, beliau telah menyatakan bahawa kereta Tesla bakal mempunyai keupayaan untuk strim YouTube dan Netflix apabila kereta berhenti.

Fungsi penstriman video ini sememangnya sesuatu yang dilihat memberi kelebihan kepada pengguna Tesla yang memberhentikan kenderaan mereka semasa menunggu anak balik sekolah atau sangkut dalam trafik yang padat.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: