Kabel MFi – Penyelesai masalah kabel asli iPhone yang mudah koyak dan kotor

Sebenarnya anda boleh mencari kabel selain kabel asli Apple (Lightning Cable) dengan syarat, kabel tu mesti mempunyai pengesahan MFi dari Apple demi untuk menjaga kesihatan iPhone, iPad dan iPod anda dari mudah rosak dan penyebab kegunaan yang singkat.

MFi bermaksud Made For iPhone, iPod & iPad. Kabel yang dibuat khas buat peranti iOS yang dijamin kualiti dan ketahanannya oleh Apple sendiri terhadap jenama ‘pihak ketiga’. Bermakna, iPhone anda dijamin selamat jika menggunakan kabel ini jika dibandingkan dengan jenama yang tiada pengesahan MFi ataupun kabel yang dijual oleh penjual online lain yang kita tidak pasti ia benar-benar asli.

Bukan setakat selamat sahaja. Tapi, mempunyai kualiti ketahanan yang jauh lebih baik dari kabel asli Apple yang didatangkan didalam kotak semasa pembelian atau yang dijual oleh penjual rasmi Apple. Dah la cepat kotor… Cepat koyak… Ada yang sampai nazak pun ada… Beli iPhone mahal-mahal, kualiti kabel masih tidak memuaskan.

Untuk kabel MFi, biasanya jenama-jenama pihak ketiga ni selesaikan masalah-masalah berikut. Kualiti wayar yang digunakan bukan seperti Apple guna. Kebanyakan menggunakan ketahanan kabel jenis Ultra Durable Nylon dan pelbagai lagi bagi mengelakkan isu mudah koyak, mudah kotor dan mudah putus.

Yang paling murah setakat ini dengan kualiti ketahanan yang terbaik adalah Aukey Durable Nylon CB-CD16 mempunyai panjang 1.2 meter. Yang dijual dengan harga RM59 sahaja jika dibandingkan dengan kabel asli Apple berharga RM89. Boleh periksa di Shopee : http://bit.ly/2YlUCdx 

Jika nak dibandingkan dengan harga jualan RM50-RM60 yang dijual oleh penjual yang tiada kepastian sama ada ia betul-betul asli atau tidak, rasanya Aukey ni lebih berbaloi. Kerana ia ternyata sudah disahkan kualiti oleh Apple sendiri. Malah terdapat pelbagai jenama lain lagi seperti Tronsmart, X-ONE, Anker dan pelbagai lagi.

Kabel MFi mempunyai standard kualiti yang ditetapkan oleh pihak Apple sendiri. Bermakna ia sama seperti kabel asli Apple, cuma mempunyai pilihan ciri dan ketahanan yang lebih baik. Boleh periksa senarai kabel MFi di pautan : https://mfi.apple.com/MFiWeb/getAPS . Anda boleh periksa melalui pilihan jenama atau model kabel tersebut.

Hati-hati juga dengan penipuan bahawa kabel iPhone ada ‘fast charge’. Kabel iPhone yang mempunyai sokongan pengecasan pantas hanya kabel jenis USB-C to Lightning + Power Adapter 18W keatas sahaja. Manakala jika anda jika anda menggunakan Powerbank atau power adapter jenama lain, ia perlu menyokong protokol pengecasan Power Delivery (PD). Ia boleh digunakan untuk pengecasan pantas iPhone, MacBook dan Google Pixel.

Kabel USB-A to Lightning biasa tu memang tiada pengecasan pantas. Tambahan lagi, pengecasan pantas khas buat iPhone 8 hingga iPhone Xs Max sahaja. Selain itu tiada sokongan pengecasan pantas. Ikuti perkongsian Apple tentang pengecasan pantas di pautan ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: