iPhone 2020 mungkin hadir dengan skrin AMOLED dan paparan 120Hz

Skrin dengan paparan segar semula 120Hz sememangnya antara tawaran teknologi yang agak baru buat telefon pintar. Ia mula diperkenalkan buat Razer Phone 2. Selain itu, ASUS ROG Phone 2 yang baru diperkenalkan juga turut menggunakannya.

Kini menerusi perkongsian dari pakar dalam kebocoran informasi telefon pintar iaitu Ice Universe di laman Twitter beliau telah kongsikan info bahawa Apple sedang pertimbangkan untuk menawarkan skrin AMOLED dengan paparan 60Hz/120Hz yang boleh diubah.

Menurutnya lagi, teknologi ini juga sedang dibincangkan bersama Samsung dan LG. Tak lain tak bukan, antara 2 jenama teknologi yang menjadi pengeluar skrin OLED terbesar di dunia.

Saya juga tak hairan jika pengeluar OLED seperti LG dan Samsung akan keluarkan dulu paparan 120Hz buat telefon pintar mereka. Bahkan ia mungkin akan menjadi trend buat telefon pintar pada tahun 2020.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: