iOS 12.4 – Pemindahan data tanpa wayar dari iPhone lama ke iPhone baru

Baru-baru ini umum sedia maklum bahawa Apple telah melepaskan kemaskini terbaru buat iPhone 5S sehingga iPhone Xs Max iaitu iOS 12.4 yang mungkin akan menjadi ‘kemaskini major terakhir’ buat iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Melalui kemaskini terbaru ini Apple telah perkenalkan beberapa fungsi baru termasuk pemindahan data dari iPhone lama anda ke iPhone baru dengan pemindahan tanpa wayar melalui sambungan WiFi tanpa perlu iCloud atau iTunes.

Untuk memulakan langkah pemindahan data, anda perlukan kedua-dua iPhone yang mempunyai iOS 12.4 keatas dan letak kedua-dua iPhone berdekatan. Pergi ke iPhone baru dan buak tetapan pantas macam biasa (seperti beli iPhone baru), dan ia akan perlihatkan pilihan untuk pemindahan data sama ada dari iPhone atau iCloud dan anda boleh pilih dari iPhone.

Sebelum anda lakukan kaedah ini, pastikan bater iPhone anda dalam keadaan yang penuh atau sambil cas. Pada proses juga, ia akan menunjukkan jangkaan masa yang diambil untuk proses pemindahan.

Secara jelas bahawa Apple mahu memudahkan pengguna untuk naiktaraf dari iPhone lama ke iPhone baru tanpa melalakukan proses yang rumit. Semua data anda termasuk gambar, video, fail, tetapan dan aplikasi akan dipindahkan melalui proses ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: