Honor Smart Screen akan hadir dengan kamera pop-naik dan skrin bersaiz 55-inci

Melalui acara khas Global Mobile Internet Conference (GMIC) yang diadakan di Guangzhou, China hari ini, Presiden Honor iaitu George Zhao telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan melancarkan TV pintar terbaru mereka yang diberi nama sebagai ‘Honor Smart Screen’ pada acara khas Huawei Developer Conference 2019 yang dijadualkan pada 10 Ogos ini.

Sementara itu, Zhao juga turut mengatakan bahawa TV pintar ini tidak sama seperti TV pintar yang anda biasa lihat. Ia dikatakan akan menjadi evolusi baharu terhadap teknologi TV pintar.

Beliau juga turut menambah bahawa TV pintar ini akan dikuasakan dengan cip pemproses Honghu 818 yang dicipta oleh Huawei HiSilicon dengan kerjasama Baidu yang sememangnya berbeza dari cip pemproses yang dikeluarkan pada telefon pintar mereka.

Cip pemproses terbaru ini juga mempunyai keupayaan video [email protected] dan [email protected] dan imej sehingga 64MP, high dynamic range (HDR), automatic color management (ACM), super-resolution (SR), noise-reduction (NR), dynamic contrast improvement (DCI), dan teknologi motion estimation motion compensation (MEMC) yang mampu memberi pengalaman penuh buat TV pintar yang berkuasa dan kelas premium.

Yang menariknya lagi, TV pintar ini dikhabarkan mempunyai keupayaan keselamatan pengimbasan wajah dengan kamera pop-naik yang bakal hadir buat TV pintar ini. Pengguna juga boleh membuat panggilan video dan mengambil gambar.

Honor Smart Screen ini mempunyai skrin sebesar 55-inci, cukup bersar untuk kepuasan tontonan sekeluarga. Malahan terdapat ura-ura bahawa ia akan hadir dengan sistem operasi Hongmeng OS seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Tapi kami belum dapat pastikan lagi. Apa pun, nantikan pada 10 Ogos ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: